PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan 15 nelayan Vietnam selepas didapati menceroboh dan menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan dua bot di kedudukan kira-kira 51.7 dan 52.8 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini semalam.
Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata kedua-dua bot ditahan secara berasingan menerusi rondaan Op Naga Barat dan Op Kuda Laut di perairan Kelantan sekitar 5.40 petang.
"Kedua-dua bot cuba meloloskan diri namun bot pertama yang dinaiki 12 kru termasuk tekong berjaya ditahan pada 6.10 petang manakala bot kedua yang dinaiki tiga kru ditahan kira-kira 25 minit kemudian.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua nelayan asing berusia lingkungan 20 hingga 65 tahun itu tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan hari ini.
Syed Nor Adli berkata pihaknya turut merampas sejumlah peralatan menangkap ikan, ikan seberat 300 kilogram, 50 kilogram sotong kering dan 6,000 liter diesel yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM3 juta.
"APMM mengambil masa hampir 13 jam untuk mengiringi kedua-dua bot ke Jeti APMM, Tok Bali berikutan sistem enjin yang disengaja dirosakkan oleh kedua-dua tekong bot sebelum ditahan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) dan Seksyen 16 (3) Akta Perikanan 1985.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua nelayan asing berusia lingkungan 20 hingga 65 tahun itu tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. - Foto: Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Mei 2024.
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.